Thursday, 22 March 2012

LATAR BELAKANG TAMADUN YUNANI, ROM DAN INDIA

Tamadun Yunani




F1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. 

f2. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis. 

F3. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M.. 

F4. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.

F5. Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. 

F6. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. 

F7. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri 

F8. selain turut memiliki beberapa tuhan. 

F9. Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negaranegara kota tersebut.


Tamadun Rom

F1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium. 

F2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. 

F3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. 

F4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.

F5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

F6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

F7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

F8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).

F9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang. 

Octavian, dikenali secara meluas sebagai Augustus, ialah pengasas empayar Rom
 
F10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.

F11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.


Tamadun India

F1. Tamadun Indus telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M.. 

F2. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. 

F3. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.

F4. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda.


F5. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu

F7. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

F8. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.

F9. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil danmahajanapada atau kerajaan besar. 

F10. Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. 

F11. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. 

F12. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

Tamadun China
Tembok Besar China 
F1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. 

F2. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin

F3. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. 

F4. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M 

F5. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. 

F6. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 

F7. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. 
 
By: Kelas Cikgu Syahir



No comments:

Post a Comment