Tuesday, 20 March 2012

KEMASUKAN ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU



Kepulauan Melayu Sebelum Kedatangan Islam



Kepulauan Melayu adalah satu gugusan pulau yang terletak di antara dua lautan iaitu lautan Pasifik di sebelah timur dan lautan Hindi di sebelah barat. Secara lebih tepat lagi ianya terletak di Asia Tenggara dalam istilah geografi moden. Kepulauan Melayu dalam konteks politik moden merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand(Patani) dan Selatan Filipina(Mindanao dan Sulu). Konsep Kepulauan Melayu juga disebut sebagai Nusantara yang mana kedua-duanya membawa erti yang sama.






Tamadun yang wujud di kawasan ini tidak boleh dipandang picisan, kerana tamadun yang wujud sudah bertapak lama dan telah menempa zaman kegemilangannya seperti yang di capai oleh empayar Majapahit dan Sriwijaya. Yang menjadikan tamadun Melayu begitu istimewa adalah kerana tamadun ini merupakan adunan budaya masyarakat setempat(orang melayu) dengan budaya dua kuasa besar iaitu India dan Cina yang bertembung dan melampias ke Kepulauan Melayu. Pembentukan tamadun ini mula menampakkan ciri-cirinya yang jelas dan menonjolkan keistimewaannya apabila agama Hindu dan Buddha dibawa masuk ke kepulauan ini. Kemuncak kegemilangan tamadun ini dibuktikan dengan kehebatan Empayar Majapahit yang berpegang kepada agama hindu, dan Empayar Sriwijaya*** yang menjadikan Buddha sebagai agama rasmi. Dua agama ini banyak mencorakkan tamadun Melayu yang sebelumnya tidak menyerlah dan tidak menampakan apa-apa ciri tamadun yang jelas.



Sebelum kewujudan tamadun melayu yang dicorak oleh agama Hindu dan Buddha, hampir-hampir tiada ketamadunan yang wujud dikawasan ini dan hampir-hampir tiada catatan sejarah mengenai masyarakat dan budaya setempat. Lebih-lebih lagi Greek kuno berpendapat bahawa kawasan diantara Parsi dan Cina seluruhnya adalah India(sumber tidak dapat dipastikan). Penggunaan istilah Asia Tenggara(South-east Asia) hanya muncul di awal kurun ke 20 apabila glob dan peta dunia yang hampir tepat dihasilkan. Sebelum ini istilah yang digunakan untuk merujuk kepada geografi Kepulauan Melayu adalah seperti Kepulauan Hindia Timur, Timur Jauh atau Timur Dekat (شرق أقصى – شرق أدنى ). Sebadai contoh Indonesia ketika di jajah oleh Belanda di kenali sebagai Hindia Timur Belanda(Dutch East Indies).

No comments:

Post a Comment