- Agama Islam, bahasa dan kebudayaan Arab tersebar luas dari Asia Barat ke Mesir, Sicilly, dan Sepanyol berikutan munculnya pelbagai kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiyah, Fatimiyyah, dan Mameluk di Cordova. Cordova pusat pemerintahan Umayyah di Sepanyol adalah juga pusat kegiatan intelektual. Dari Cordova kebudayaan Islam berjaya menembusi kebudayaan Kristian di Eropah Barat. Di bawah pemerintahan Al Hakam III kebudayaan Islam memuncak dengan penubuhan Universiti Cordova. Andalusia telah menjadi tumpuan para ilmuan dari seluruh dunia khususnya dari Eropah Barat. Pada keseluruhannya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Barat berlaku melalui hubungan perdagangan, diplomatik, peperangan dan pertubuhan penyelidikan dan penterjemahan.
Isi
:
Ekonomi
dan Perdagangan.
- Di bawah pemerintahan Abd al
Rahman industri dan pertanian kian berkembang. Terdapat industri
tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan
plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang
amat menarik perhatian para saudagar Barat. Pertanian yang digalakkan oleh
kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu.
Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan
perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu
berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah.
Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain.
Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam
bahasa-bahasa Eropah seperti “admiral” dan “tarif” yang didapati dalam
perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di
sebahagian Eropah.
Diplomatik
- Melalui saluran diplomatik
berlakunya interaksi kedua tamadun. Kecemerlangan Cordova adalah setanding
dengan Baghdad dan Constantinople. Khalifah mengadakan hubungan diplomatik
dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan
Perancis. Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusan-utusan
negara Eropah ke Cordova. Melalui saluran diplomatik unsur-unsur
tamadun Islam telah mengalir ke Eropah. Sarjana-sarjana Eropah dan
negara-negara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu.
Peperangan
- Peperangan merupakan suatu
saluran lagi bagi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun
Barat. Cordova berperang dengan tentera Charlemagne pada 778 TM yang
pertempurannya merangsangkan penghasilan sebuah karya sastera yang
terkenal, iaitu Chanson de Roland. Di Sepanyol peperangan selalu
berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian
utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona. Melalui
peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam,
organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Abdul
Rahman al-Dakhil menghantar ekspedisi tentera ke utara yang bertujuan
mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kedaultan daripada diancam oleh
musuh yang menganut Kristian.
Perkembangan
Ilmu Pengetahuan.
- Cordova merupakan pusat
kegiatan intelektual. Universiti Cordova menjadi institusi ilmu
terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu
pengetahuan. Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh Al-Hakam
yang mengumpulkan sebanyak 400,000 manuskrip dari Iskandariah dan
Baghdad. Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah,
dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu. Falsafah
Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke
Eropah. Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan
penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan
akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance.
- Antara tokoh pertama yang
belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of
Chester.
Penterjemahan
- Pertemuan antara para sarjana
Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan
karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa
Latin. Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun.
Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai metodologi
sains kebudayaan. Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi
telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan
munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat –
Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa
buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa
Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke
seluruh Eropah.
Budaya
:
- Berlakunya interaksi antara
masyarakat barat dengan masyarakat Islam, Mandi, Pakaian, sabun,
Melahirkan masyarakat Mozareb. Bahasa : Alkohol, kimia.
Seni
bina :
- Arca, Menara, Arabesque,
No comments:
Post a Comment