Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Sepanjang
2008 hingga 2010, Malaysia telah pun m'catatkan 152,182 anak luar nikah atau
anak tak sah taraf direkodkan , kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. Ni baru yang direkodkan, belum
yang digugurkn, ditanam dan diberikn pd org lain. Angka t'sebut jelas m'gerunkn
kerana bilangan akan b'tambah saban tahun.
jika diikutkan peratusan kelahiran di Malaysia, mmg agak rendah kelahiran anak
luar nikah b'banding bayi normal namun ini bukan angka m'jd masalah, selagi
ada kelahiran anak luar nikah, ia telah pun m'jd barah dalam masyarakat, tidakak
kisah berapa angkanya.
Mengikut
kajian pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada
kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan
hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan
reproduktif dan seksual.
Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web
lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara
sendiri.
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada
data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan
remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat
dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah
satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan
dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir
daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang
yang baik.
Justeru,
bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa
atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak
kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang,
berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.
Keluarga
yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin
remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan
mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan
pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang
rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang
tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak
remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor
keruntuhan akhlak.
Antara
punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran
yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana
rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak
penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru,
sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti,
mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan
kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh
persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku
para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan
yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk
memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah,
pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh
di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang
bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar
daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang
sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan
mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru,
strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja
ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan
ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2. Pendekatan
akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan
sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan
Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia
ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar
ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi
pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK
BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan
Pelbagai
langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil
oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.
Pelajar terjebak dengan gejala merokok.
Pelajar perempuan merokok.