Tuesday, 27 March 2012

PERANAN SISTEM TULISAN DALAM TAMADUN AWAL


PERANAN SISTEM TULISAN DALAM TAMADUN AWAL
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, , tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
  • Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa.
  • Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif (Mesir) ideogram (Sumeria) piktograf (China) dan Phoenicia (Yunani)
  • Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol menjadi maksud tertentu.
  • Latar belakang tamadun awal.

Sistem Tulisan sebagai Catatan Pensejarahan :
Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai ‘Roseta Inskription’ .Tulisan ini terdapat pada dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatanekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba.

Tulisan Untuk Merekod Upacara Keagamaan :
Penemuan rumah berhala ‘ziggurat’ di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir.

Tulisan Untuk Merekod Sistem Undang-Undang :
Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.

Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan :
Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu ‘ table text’ dan ‘problem text’ oleh masyarakat di Mesopotamia.

Tulisan Untuk Merekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian :
Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu ‘The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant’. Pada abad ke- 3 SM tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan.

Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran :
Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar ‘ Teracota’ mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.

Tulisan Untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan :
Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan.

Tulisan Untuk Ketenteraan :
Melalui teks-teks ‘Taittiriya Upanishad ‘ dan kitab-kitab rig-veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat.

Tulisan cuneiform

Tulisan cuneiform ini dibentuk dengan menggunakan sejenis pen daripada rumput buluh yang ditekan pada tanah liat basah.Kepingan tanah liat ini dijemur hingga kering.



NEGARA ISLAM MADINAH

Pengenalan : 



Demografi Madinah : 
Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya. 

Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II. 

Isi : 

Pembinaan Masjid : 
Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam. 
Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam 

Pembentukan Ummah : 
Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin : 

i. Muahahjirin dengan Muhajirin.

ii. Ansar dengan Ansar.

iii. Muhajirin dengan Ansar 

Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara. 

Mewujudkan Piagam Madinah : 
Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah. 

Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah : 
Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa. 

Mewujudkan Tentera Islam di Madinah : 
Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan. 

Mengadakan Hubungan Luar : 
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi. 

Menyusun semula struktur ekonomi Madinah : 
Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. 

Kesimpulan :
Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan.


INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Interaksi Tamadun Islam & Barat
  • Agama Islam, bahasa dan kebudayaan Arab tersebar luas dari Asia Barat ke Mesir, Sicilly, dan Sepanyol berikutan munculnya pelbagai kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiyah, Fatimiyyah, dan Mameluk di Cordova.  Cordova pusat pemerintahan Umayyah di Sepanyol adalah juga pusat kegiatan intelektual.  Dari Cordova kebudayaan Islam berjaya menembusi kebudayaan Kristian di Eropah Barat.  Di bawah pemerintahan Al Hakam III kebudayaan Islam memuncak dengan penubuhan Universiti Cordova.  Andalusia telah menjadi tumpuan para ilmuan dari seluruh dunia khususnya dari Eropah Barat.  Pada keseluruhannya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Barat berlaku melalui hubungan perdagangan, diplomatik, peperangan dan pertubuhan penyelidikan dan penterjemahan.
Isi :
Ekonomi dan Perdagangan.
  • Di bawah pemerintahan Abd al Rahman industri dan pertanian kian berkembang.  Terdapat industri tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang amat menarik perhatian para saudagar Barat. Pertanian yang digalakkan oleh kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu.  Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah. Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam bahasa-bahasa Eropah seperti “admiral” dan “tarif” yang didapati dalam perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di sebahagian Eropah.
Diplomatik
  • Melalui saluran diplomatik berlakunya interaksi kedua tamadun. Kecemerlangan Cordova adalah setanding dengan Baghdad dan Constantinople. Khalifah mengadakan hubungan diplomatik dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan Perancis.  Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusan-utusan negara Eropah ke Cordova.  Melalui saluran diplomatik unsur-unsur tamadun Islam telah mengalir ke Eropah.  Sarjana-sarjana Eropah dan negara-negara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu.
Peperangan
  • Peperangan merupakan suatu saluran lagi bagi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat.  Cordova berperang dengan tentera Charlemagne pada 778 TM yang pertempurannya merangsangkan penghasilan sebuah karya sastera yang terkenal, iaitu Chanson de Roland.  Di Sepanyol peperangan selalu berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona.  Melalui peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam, organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Abdul Rahman al-Dakhil menghantar ekspedisi tentera ke utara yang bertujuan mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kedaultan daripada diancam oleh musuh yang menganut Kristian.
Perkembangan Ilmu Pengetahuan.
  • Cordova merupakan pusat kegiatan intelektual.  Universiti Cordova menjadi institusi ilmu terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu pengetahuan.  Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh Al-Hakam yang mengumpulkan sebanyak 400,000 manuskrip dari Iskandariah dan Baghdad.  Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah, dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu.  Falsafah Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke Eropah.  Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance.
  • Antara tokoh pertama yang belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of Chester.
Penterjemahan
  • Pertemuan antara para sarjana Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin.  Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun.  Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan.  Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat – Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke seluruh Eropah.
Budaya :
  • Berlakunya interaksi antara masyarakat barat dengan masyarakat Islam, Mandi, Pakaian, sabun, Melahirkan masyarakat Mozareb. Bahasa : Alkohol, kimia.
Seni bina :
  • Arca, Menara, Arabesque,

FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN

Faktor Kemunculan Tamadun


Petempatan Kekal :
Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi.


Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai:
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho.


Kemajuan Teknologi :
Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.


Penciptaan Roda :
Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.


Sistem Tulisan :
Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.


Pengkhususan Kerja :
Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.


Agama dan Kepercayaan :
Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

Kesimpulan  :
Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho.

Sunday, 25 March 2012

MASALAH SOSIAL REMAJA

Pengenalan

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.

Pengertian masalah sosial remaja




Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.


Statistik Gejala Sosial Remaja

Sepanjang 2008 hingga 2010, Malaysia telah pun m'catatkan 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan , kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. Ni baru yang direkodkan, belum yang digugurkn, ditanam dan diberikn pd org lain. Angka t'sebut jelas m'gerunkn kerana bilangan akan b'tambah saban tahun.

jika diikutkan peratusan kelahiran di Malaysia, mmg agak rendah kelahiran anak luar  nikah b'banding bayi normal namun ini bukan angka m'jd masalah, selagi ada kelahiran anak luar nikah, ia telah pun m'jd barah dalam masyarakat, tidakak kisah berapa angkanya.


Mengikut kajian pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.


Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.


Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Pelajar terjebak dengan gejala merokok.

Pelajar perempuan merokok.

 
Masalah buang anak.