Sunday, 25 March 2012

KEPUTUSAN SPM 2012


PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.
“Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah,” katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.
Abdul Ghafar berkata, sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai “sangat baik”, “baik”, “memuaskan”, dan “berpotensi”. – bernama
mrsm
Pelajar mendengar sesi taklimat.

Keputusan SPM

Saturday, 24 March 2012

CARA MENGAWET MAYAT MENJADI MUMIA


Mumia ialah mayat yang telah diawetkan supaya tidak reput, dengan menggunakan bahan tradisional atau bahan kimia. Pada zaman dahulu terdapat beberapa bangasa di dunia yang mengamalkan adat mengawet mayat seperti kaum Incas dari Peru dan orang asli Australia. Tetapi bangsa yang paling terkenal dengan adat ini ialah orang-orang Mesir purba.

Orang-orang Mesir dahulu percaya bahawa roh seseorang itu wujud selagi tubuhnya ada. Jadi jika tubuh seseorang yang mati itu diawet, rohnya akan tetap wujud. Lalu orang-orang Mesir ini menjadikan gurun pasir yang panas sebagai tempat pengkebumian supaya mayat itu sentiasa kering. Tanpa air, proses pereputan akan menjadi lebih lambat.

Pada tahun 3000 S.M orang-orang Mesir mula mengawetkan mayat kerana mereka tidak lagi menanam mayat si mati. Sebaliknya mayat diletakkan di dalam sebuah bangunan khas. Tetapi udara lembap dalam bangunan tersebut mempercepatkan proses pereputan mayat menyebabkan mereka mengambil keputusan mengawetkan mayat dengan menggunakan rempah, herba dan damar wangi.

Cara pengawetan ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Cara yang terbaik tetapi memerlukan belanja yang tinggi ialah dengan membelah mayat dan mengeluarkan segala organ dalam tubuhnya lalu digantikan dengan bahan pengawet yang telah disediakan. Otak mayat juga turut dikeluarkan. Tubuh mayat ini kemudian dibungkus dengan kain pembalut luka (bandage).Kesemua organ dalaman yang dikeluarkan (kecuali jantung) akan turut diawet dan kemudian diletakkan dalam bekas yang berlainan lalu ditanam bersama mayat tadi. Cara ini mengambil masa 70 hari untuk disempurnakan.

Cara yang kedua yang tidak memerlukan belanja yang banyak ialah dengan merendamkan mayat dalam cecair kimia natron selama empat atau lima minggu. Cara yang lebih murah lagi ialah dengan merendamkan mayat dalam air garam atau kapur tohor. Selepas kedua-dua proses rendaman ini, mayat akan dibalut dengan kain pembalut luka.

Mumia ini kemudiannya akan diletakkan dalam keranda kayu yang dibentuk seperti mumia dan mempunyai ukiran wajah si mati. Kadang kala keranda ini diletakkan pula dalam keranda batu atau sarcophagus.

Pada tahun 1000 S.M orang-orang Mesir mula merasakan keperitan untuk membayar harga keranda kayu kerana, pokok-pokok kayu yang besar tidak banyak terdapat di Mesir. Lalu mereka telah menggunakan bahan yang lebih murah yang kini dikenali sebagai cartonnage, diperbuat daripada kanvas kesat yang dikeraskan dengan lepa atau plaster. Sebelum plaster itu keras, bentuk muka mumia itu akan diukir pada plaster tersebut dan kemudian diwarnakan sebelum disimpan di tempat khas. Mumia Mesir yang terkenal sehingga ke hari ini ialah Tutankhamun.




Mumia Tutankhamun

Mumia permaisuri Mesir, Hatshepsut 

 
Mumia Firaun Rameses 

Mumia Rameses II 

 
Mumia di hutan hujan Amazon 

 
Mumia gadis beku di Peru 

 
Mumia di England 


Sumber : Ensiklopedia


SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA

Berikut sumbangan yang wujud dalam tamadun Mesir :
  • membina piramid
  • menggunakan batu-bata dalam pembinaan bangunan
  • mewujudkan sistem pendidikan kanak-kanak
  • tulisan hieroglif digunakan untuk merekodkan aktiviti pertanian, pentadbiran, keagamaan dan percukaian
  • menghasilkan kertas daripada pokok papyrus
  • memumiakan/mengawet mayat
  • membina sistem pengairan
  • mencipta kalendar
  • ilmu matematik
  • ilmu geometri

 
Piramid


SUMBANGAN TAMADUN INDUS



F1 Perancangan Bandar


H1a. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. 


H1b. Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.



Contoh bandar terancang dalam tamadun Indus.

H1c. Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus. 

H1d. Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat. 

H1e. Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi. 

H1f. Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus, sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.


F2 Hubungan luar


H2a. Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. 


H2b. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. 


H2c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. 


H2d. Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.


F3 Keamanan


H3a. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. 


H3b. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan. 

Sumber : Kelas Cikgu Shahir

Thursday, 22 March 2012

PERLUASAN KUASA



Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara. Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikanpenekanan kepada agama Buddha. Pda zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

AGAMA HINDU

Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.


Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.

TAMADUN INDIA

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.